BAB
I
PENDAHULUAN
Penyakit malaria adalah
penyakit menular disebabkan oleh parasit (Plasmodium pada
manusia) yang ditularkan oleh nyamuk Anopheles sp. Penyakit
malaria dapat menyerang semua orang baik laki-laki ataupun perempuan, pada
semua golongan umur, dari bayi sampai orang dewasa.
Terutama di daerah tropis sepertiIndonesia ,malaria
merupakan penyakit yang paling banyak diderita dan disebut juga sebagai
penyakit menular.namun penyakit ini sangat jarang mengakibatkan kematian.
Terutama di daerah tropis seperti
BAB II
PEMBAHASAN
A.Awal
dikenalkannya malaria
Dalam mengharungi kehidupan ini, manusia perlu berhadapan dengan berbagai
penyakit. Salah satu darinya ialah malaria yang merupakan penyakit yang
menakutkan. Istilah malaria ini diperkenalkan oleh Dr. Francisco Torti pada abad ke-17. Dalam perkataan Itali malaria
bermaksud udara kotor.
Penyakit malaria ini kerap menjangkiti penduduk di kawasan
tropika. Kajian menunjukkan bahawa di akhir abad ke 20 sampai 250 juta manusia
dijangkiti malaria. Daripada jumlah tersebut 2 juta penduduk menemui maut.
Antara tempat yang dijangkiti secara konstan ialah di Sahara Afrika. Penyakit
ini juga ditemui di Malaysia ,
Singapura , China dan lain-lain negara di Asia.
Dalam pada itu berbagai obat telah dicari untuk mengobati penyakit
malaria ini. Salah satu darinya ialah melalui pengekstrakan tumbuhan yang
berkhasiat tinggi. Adalah dipercayai bahawa sesetengah tumbuhan dapat mengobat
penyakit malaria ini. Pada pertengahan tahun 1940 pembasmian penyakit malaria
mula dipraktikan kerana penghasilan antimalaria yang berkesan seperti klorokuin
dan pamakuin. Namun begitu penggunaan racun serangga yang murah iaitu DDT telah
gagal untuk membunuh nyamuk Anopheles yang kian membiak ketika itu.
Dalam tahun 1986, dianggarkan bahawa 400 juta penduduk tinggal di
negara yang terdapat jangkitan malaria. Seterusnya seramai 1600 juta penduduk
pula akan terdedah kepada penyakit ini. Oleh itu sehingga hari ini penyakit
malaria masih lagi kekal sebagai satu penyakit yang merbahaya kepada seluruh
penduduk dunia terutamanya yang tinggal di kawasan tropika panas.
B.
Penularan malaria
Seperti
yang diketahui malaria wujud di kawasan temperat, subtropika dan tropika. Walau
bagaimanapun malaria lebih biasa wujud di kawasan tropika kerana cuacanya yang
baik dan panas.
Menurut
seorang pakar bedah malaria wujud disebabkan oleh parasit mikroskopik dalam
darah yaitu protozoa. Protozoa ialah
organisma
yang mempunyai satu sel yang merupakan genus plasmodium.
Walau
bagaimanapun menurut Ronald Ross yaitu doktor perubatan Britain menemui
satu lagi peringkat dalam daur hidup parasit ini iaitu melalui nyamuk
Anopheles. Oleh itu malaria dipercayai dipindahkan ke dalam badan manusia
melalui gigitan nyamuk Anopheles. Di samping itu malaria juga boleh berjangkit
melalui jarum suntikan iaitu apabila jarum tersebut digunakan oleh pasien malaria
dan digunakan kepada pasien lain. Dengan ini penyakit malaria akan tersebar
kepada orang tersebut. Pemindahan darah juga boleh menjangkitkan malaria.
Apabila darah dipindahkan dari pasien malaria kepada orang lain, secara
langsung penyakit ini juga turut dipindahkan. ![](file:///C:/Users/saker/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image001.jpg)
![](file:///C:/Users/saker/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image001.jpg)
C.Perkembangan parasit malaria
Seperti benda hidup yang lain parasit malaria juga mempunyai kitar
hidupnya sendiri. Kitar hidup parasit malaria boleh dibahagikan kepada dua
peringkat iaitu seksual dalam nyamuk dan aseksual dalam manusia. Seksual dalam
nyamuk berlaku melalui percantuman gamet. Aseksual dalam manusia pula ialah
pembahagian atau perkembangan parasit tersebut.
Dalam diri manusia peringkat permulaannya dikenali sebagai
sporozoit. Sporozoit adalah keadaan dimana ia bergerak bebas dalam diri
manusia. Peringkat seterusnya ialah merozoit. Dalam keadaan ini merozoit masuk
ke dalam sel darah merah dan membahagi ke bentuk yang lebih kecil. Selepas itu
sel yang mempunyai merozit akan pecah dan membebaskan lebih banyak merozoit
lagi. Dalam keadaan ini sejenis toksin akan dibebaskan. Proses ini akan
berulang lagi di mana merozoit kemudian menyerang sel merah yang lain.
Dalam nyamuk pula merozoit akan bertukar menjdi gametosit yang
kemudiannya bersatu dengan gametosit lain untuk membentuk zigot. Zigot ini pula
seterusnya akan berkembang menjadi sporozoit. Sporozoit yang terhasil ini pula
berhijrah ke kelenjar air liur nyamuk.
![](file:///C:/Users/saker/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.jpg)
D.Gejala
awal penyyakit malaria
Seseorang
yang menghidap penyakit malaria akan mendapat demam sejuk panas. Serangan
penyakit ini akan berlanjutan antara 4-10 jam. Mereka akan menggigil kesejukan
kerana demam. Mata mereka pula sentiasa berair dan merah. Selain itu mereka
akan mengalami muntah-muntah. Kebanyakannya mengalami gangguan tidur iaitu
tidak dapat tidur dengan lena. Badan mereka juga akan merasa begitu sakit dan
menjadi lemah.
Walaupun
malaria adalah satu penyakit yang merbahaya namun jumlah orang yang mati
akibatnya adalah 1% sahaja. Bagi pesakit yang selamat atau pulih dari penyakit
ini akan mendapat kesan sampingan. Bagi mereka yang mendapat penyakit ini
kembali akan mengidap penyakit anemia iaitu kekurangan darah merah dalam badan
mereka. Di samping itu jika mereka membuat sesuatu kerja mereka akan cepat
berasa letih. Kesan yang lain pula ialah mereka akan mengalami kemandulan dan
keguguran bagi wanita.
Plasmodium
falciparum,sangat berbahanya bisa berakhir dengan kematian
Plasmodium
Vivax,disebut penyakit malaria tertiana.Malaria ini ditandai munculnya demam
hingga tiga hari sekali.Penyakit malaria menyebabkan malaria kuartana ditandai
demam muncul empat hari sekali.
![](file:///C:/Users/saker/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image005.jpg)
E.Pengobatan malaria
Adalah
dipercayai bahawa penyakit malaria dapat diubati dengan penggunaan tumbuhan.
Salah satu daripadanya ialah Kuinin atau Cinchona Officinalls L.
Pokok
kuinin ini mempunyai sejarahnya tersendiri. Pada masa dahulu ia dimonopoli oleh
pihak kristian. Mereka telah menghantar ekspedisi ke Gunung Andes untuk
mendapatkan pokok ini. Selepas itu kerajaan Sepanyol telah memonopoli. Monopoli
ke atas pokok kuinin ini hanya dapat dipecahkan pada tahun 1865. Walau
bagaimanapun Sepanyol tidak membenarkan ia ditanam di tempat lain. Akan tetapi
ianya telah diseludup oleh orang Inggeris.
Seterusnya orang Belanda telah mengambil alih monopoli tersebut.
Charles Ledger telah menyeludupnya dari Inggeris dan dibawa ke London . Pokok kuinin ditanam di Jawa. Pada
1873 perladangan kuinin berjaya diwujudkan dan akhirnya Belanda memonopoli
penjualan kuinin pada tahun 1890.
Terdapat 40 species pokok kuinin dalam famili Rubiaceae - Cinchona
Officinalis L. merupakan salah satu darinya yang dapat menyembuhkan
penyakit malaria. Bahagian yang digunakan untuk merawat malaria ialah kulit
kayu pokok kuinin. Pokok kuinin banyak terdapat di Pergunungan Andes . Nama lain bagi pokok ini ialah Peruvian Bark,
Fever Tree, Jesuit’s Bark yang selalu digunakan oleh masyarakat Anden di
Amerika Selatan.
Pokok kuinin ini boleh ditemui di kawasan hujan tropika. Ia
dipercayai hidup pada ketinggian 1000 hingga 8000 meter. Untuk membuat ubat
darinya ia perlu ditulenkan supaya menjadi serbuk hablur putih. Serbuk ini
diperoleh dari kulit kayu pokok kuinin. Ia merupakan 7% dari berat kulit kayu
tersebut. Selepas ditulenkan, serbuk tersebut mestilah dicampur dengan air dan
diminum. Campuran tersebut akan berasa pahit. Adalah dipercayai bahawa
masyarakat di kawasan ini selalu mengamalkan cara ini. Oleh itu mereka dapat
terselamat dari jangkitan penyakit malaria. Serbuk hablur putih ini mempunyai
alkaloid kuinin. Walau bagaimanapun ia tidak dapat mengubat malaria sepenuhnya.
Akan tetapi ia hanya dapat membunuh parasit dalam sel darah merah. Sekiranya ia
digunakan secara berterusan ia akan memberi kesan sampingan. Antaranya ialah
orang tersebut akan menjadi buta dan pekak. Di samping itu mereka akan mendapat
ruam kulit dan mengalami sakit perut.
Bagi mengatasi penyakit ini, antimalaria sintetik telah
dihasilkan. Ia cuba
ditanam di negara Asia seperti di India dan Sri Lanka . Akan
tetapi ia menemui kegagalan. Kemudian kerajaan Amerika Syarikat pula
mempelopori kuinin sintetik. Akhirnya Atabrin dihasilkan di mana ia juga tidak
berkesan kerana kulit menjadi kuning apabila digunakan.
Pada pertengahan tahun 1940 antimalaria sintetik yang bekesan
berjaya dihasilkan. Antaranya ialah pemakuin dan klorokuin. Namun begitu
penggunaan antimalaria sintetik juga mempunyai beberapa kelemahan. Salah satunya
ialah ia sangat mahal. Ini kerana penghasilannya memerlukan belanja yang besar.
Selain itu ia adalah parasit lali. Ini bermakna ia akan memberi kelalaian
kepada pesakit iaitu perlu menambah dos setiap kali serangan berlaku.
Contohnya, pada kali pertama satu dos disuntik manakala pada kali keduanya
ditambah pula 3 lagi dos.
Selain itu terdapat juga tumbuhan lain yang dipercayai dapat
mengubat malaria. Contohnya ialah Brucea javanica L. yang
merupakan alkaloid ataupun anti malaria. Simba cedron dari Panama dan Ailanthus
altissima diperkenalkan di United
Kingdom dari India telah diekstrak dengan
petroleum cair, kloroform dan metanol. Pelbagai kajian telah dijalankan untuk
mengubat penyakit malaria ini.
Di samping itu species dari famili Rutaceae dan Meliaceae yang
berhubung rapat dengan Simaroubaceae turut digunakan dalam mengubat penyakit
malaria. Azadirachta indica turut digunakan sebagai ubat malaria di
Afrika dan di Asia .
BAB
III
PENUTUP
PENUTUP
KESIMPILAN
Dengan pembahasan diats, kita dapat mengetahui jenis
–jenis bahanya dan penanggulangan Malaria yang memiliki dampak terhadap
pribadi/ individu,keluarga dan masyarakat.
SARAN
Agar
menjaga kebersihan diri,keluarga,lingkungan dan masyarakat,jika tidak maka akan
berakibat buruk bagi kesehatan kita.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Komentar anda untuk perubahan yang lebih baik,terimakasih telah berkunjung